Thursday, March 7, 2013

BREAKING NEWS : ANGKA KEMATIAN TERKINI PENGGANAS SULU DIDEDAHKAN





Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan.
“32 orang penceroboh telah ditembak mati di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu dalam operasi daripada jam 3 petang semalam sehingga ke hari ini. Keseluruhan musuh yang mati sejak pencerobohan Lahad Datu ini ialah seramai 52 orang,” jelas Ismail pada sidang media Ops Daulat, Khamis.
Pada masa sama beliau dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pewujudan Kawasan Keselamat Khas merangkumi pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah.
Kawasan khas tersebut akan berkuatkuasa serta merta dengan tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang ditempatkan secara tetap di Lahad Datu.
Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) iaitu kawasan keselamatan khas di kawasan Rajang, Sarawak yang meliputi Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit.
Inisiatif ketika itu berjaya mengekang dan menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.
Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga turut dilaporkan oleh media Filipina ABS-CBNnews.com

No comments:

Post a Comment