Sunday, June 30, 2013

Pelik Lintah Hidup Dalam Kerongkong

Pelik Lintah Hidup Dalam Kerongkong


Dulu kes sudu dalam kerongkong, ini pula kes lintah hidup dalam kerongkong. Pelik! Kami difahamkan lelaki ini, dia sendiri pun tidak menyangka bagaimana seekor lintah itu boleh berada dalam kerongkongnya. Adakah mungkin dia pernahmandi di tempat-tempat yang adanya lintah. Serius di antara kita yang suatu yang amat menggelikan, apatah lagi mahu menyentuh lintah. Inikan pula dalam kerongkong. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Seorang budak lelaki berusia 17 tahun dari bandar Yibin di barat daya China, telah mengalami saat paling menakutkan apabila seekor lintah sawah sepanjang 10cm telah menghisap darah dan hidup di dalam kerongkongnya tahun lalu.
Pengalaman pahit Tao itu bermula apabila beliau mula berasa sakit dan suaranya menjadi serak. Keadaan semakin serius apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bernafas dan keluarganya mula membawanya ke hospital.
Melalui imej yang dirakam menggunakan kamera mikroskop, doktor telah menemui seekor lintah yang sedang kekenyangan menghisap darah.
Setelah menjalani pembedahan selama 3 jam, lintah sepanjang 10cm telah berjaya di keluarkan dalam keadaan masih hidup walaupun telah di rendam dengan larutan Anestetik.

No comments:

Post a Comment